Archive for December, 2007

23
Dec
07

Majlis Penyampaian Cenderamata kepada AJK, pemenang mencari harta karun & pertandingan melukis..

Selamat pagi semua…

Pagi nie setelah bersarapan, para AJK telah mengadakan sebuah majlis mesyuarat ringkas, melantik AJK untuk sessi 2008  & post mortem Hari keluarga pertama ini.. sementara sedang berlangsung mesyuarat ringkas, AJK Sukaneka dengan bijak telah menggunakan masa yang ada untuk diisi oleh kanak-kanak dengan mengadakan pertandingan melukis & harta karun, tujuannya agar mereka tidak merasa bosan dan pergi bermain di tepi pantai kerana kebanyakkan ibubapa mereka telah menghadirikan diri ke mesyuarat tersebut..

Segala keputusan mesyuarat tersebut telah diterima baik oleh semua ahli keluarga..

Dan sejurus selepas mesyuarat tamat,  satu majlis kecil  telah diadakan untuk memberikan cenderahati bagi mengenang jasa AJK 2007 yang telah bersungguh-sungguh menjayakan Hari Keluarga 2007 ini.

Dan keputusan serta hadiah untuk pemenang mencari harta karun dan pertandingan melukis juga telah dijalankan pada pagi ini..

22
Dec
07

Majlis Penyampaian Majalah keluarga Edisi Pertama (Khas)

Majlis penyampaian Majalah keluarga edisi pertama (khas) & sekeping CD setiap satu keluarga yang mengandungi aktiviti kekeluarga sebelum ini dan juga salasilah keluarga bermula dari nenda Ayub bin Kassim  & Nani binti Wahab sehinggalah yang terkini sehingga Dec 2007..

Pihak AJK telah berusaha  untuk mengumpul segala data keluarga telah dimulakan sejak setahun yang lalu dan memasukkan data terkini kedalam Majalah tersebut sebagai panduan terutama kepada generasi yang muda.. supaya mereka tahu asal keturunan mereka..

Kak Eda (Saodah Sudin) mewakili famili Mak Long Tijah

Kak Eda (Saodah Sudin) mewakili famili Mak Long Tijah

Kak Yati (Yati Sharip) mewakili famili arwah Pakcik Sharip

Kak Yati (Yati Sharip) mewakili famili arwah Pakcik Sharip

Abg Umar (Umar Abu Bakar) mewakili famili arwahPakcik Abu Bakar

Abg Umar (Umar Abu Bakar) mewakili famili arwahPakcik Abu Bakar

Adik Edham (Muhd Edham Putra) mewakili famili Maksu Munah

Adik Edham (Muhd Edham Putra) mewakili famili Maksu Munah

Saiful (Saiful Bakri Rosli) mewakili famili Paksu Rosli

Saiful (Saiful Bakri Rosli) mewakili famili Paksu Rosli

22
Dec
07

Majlis Penyampaian Hadiah Sukaneka

Majlis ini lah yang paling di nanti-nantikan oleh semua orang.. hehehe.. nak dapat hadiah kan.. siapa yang taknak hadiah… Ada macam-macam hadiah yang diberikan.. walaupun ada kumpulan yang kalah & ada yang menang, tapi pihak AJK telah menyediakan hadiah yang sama untuk semua orang… (kasi adil..hehehe)..

Tak lupa terima kasih juga kepada  keluarga abang Umar yang memberikan sumbangan hadiah (yang sebenarnya hadiah untuk karaoke).. tapi dah jadi hadiah untuk bagi kat geng Ibu & Bapa yang sangat sporting menunjukkan bakat dan kesungguhan mereka untuk menang dalam sukaneka tersebut…

22
Dec
07

Majlis Jejak kasih & BBQ

Majlis ini dinamakan Majlis Jejak Kasih kerana dalam majlis ini telah diadakan majlis suaikenal keluarga masing-masing mengikut salasilah keluarga. Tujuan acara ini diadakan kerana ada antara kami yang belum kenal susur galur keturunan Ayubnani kerana sebab-sebab tak pernah berjumpa & jarang bertemu kerana jarak tempat tinggal yang jauh. Ada juga yang sudah berkeluarga dan tidak pernah berjumpa dengan pakcik & makcik mereka kerana mungkin ibubapa mereka telah meninggal dunia dan tida kesempatan untuk berkenalan sebelum ini..

Sebenarnya pihak AJK telah bertungkus-lumus membuat homework dengan mencari seberapa banyak ahli keluarga keturunan Ayubnani sebelum membuat keputusan untuk mengadakan hari keluarga ini.. nawaitunya cuma satu untuk mengenali dan merapatkan kembali siraturrahim sesama keluarga ini..

Alhamdulillah walaupun tidak semua dapat menzahirkan impian ini, tetapi hari keluarga kali ini ada dalam lingkungan 150 orang yang menghadirinya.. untuk pertma kalinya.. Syabas & Tahniah kepada AJK yang berimpian murni untuk bersungguh-sungguh menjayakan Hari Keluarga ini.. Habis satu kawasan chalet kami tempah sebagai tempat penginapan untuk 2 Hari 1 Malam ini…Aminnn..

Setelah acara suaikenal dan serbaringkas perkenalan diri, kami disajikan pula dengan makan malam yang enak oleh AJK katering dan juga malam tersebut telah diadakan BBQ.. Terima kasih kepada keluarga abang Yusof yang telah sponsor ikan besar-besar (tak tau  apa nama) untuk buat BBQ.

22
Dec
07

Ada lagi..

Untuk kategori ibubapa  mereka ada lagi satu acara yang memang tak boleh dilupakan iaitu acara mummia…

Syarat-syarat permainan ni senang je.. mesti berpasangan.. dan berjaya menutupkan atau membalut pasangan masing-masing seperti mumia.. selain itu mummia mereka juga perlu dihias mengikut kreativiti mereka masing-masing..

Dan yang paling utama, mumia mereka mestilah boleh bergerak samada berjalan, menari, melompat atau apa-apa saja yang boleh menarik perhatian pihak juri tanpa mengoyakkan pakaian mummia mereka..

so, layan dulu gambar kat bawh nie…

22
Dec
07

Sukaneka kaum Ayah, Bapa, Daddy & Papa pula

Ni pulak gelagat Ayah, Bapa, Daddy & Papa mereka…. hehehe.. main bowling daa…

22
Dec
07

Acara Sukaneka di Teluk Senangin bermula..

Sukaneka yang diadakan di Teluk Senangin.. Lebih kurang dalam 10 jenis sukan telah disediakan oleh AJK Sukaneka kali ini (tahniah & terima kasih)..antaranya.. isi air dalam botol, kesian kanan-knak nie kena ambil air dengan menggunakan span dari tepi pantai dan kemudian lari ke botol yang diletakkan didalam 10 meter dari gigi air tapi mereka mmg enjoy lebih-lebih lagi ibubapa mereka.. sukan lain siapa panjang, dgn menggunakan segala ketinggian atau apa saja yang dibadan mereka, kanak-kanak ini kene menjadika kumpulan atau barisan mereka yang terpanjang.. ada juga cari gula dalam tepung.. memang kelakar abis..dan macam-macam lagi…Kanak-kanak memang enjoy dengan aktiviti tersebut, ibu-ibu mereka lagi enjoy.. Aktitivi untuk kaum emak, Ibu, mama,  & ummi tetap juga ada iaitu acara kupas kulit epal terpanjang & terpantas tapi bagaiman a pula dengan bapa-bapa mereka?…ada ke acara untuk mereka?..




Calender

December 2007
M T W T F S S
    Mar »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Recent Comments

ayubnani on Sepetang di Segambut @ 14 June…
Abdul Rahim - Singap… on Sepetang di Segambut @ 14 June…
ayubnani on Kenangan lalu mengusik ka…
nurul(ank ct delima) on Sepetang di Segambut @ 14 June…
nurul(ank ct delima) on Kenangan lalu mengusik ka…

Blog Stats

  • 9,460 hits

Wardah – Saling mengingati

Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang... seucap janji membuat kita percaya.. sekecil luka akan membuat kita kecewa.. tetapi.. sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.." Jaga diri & Berhati-hati, خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya 1-وجه جميل 1:wajah yang cantik 2- فلوس بالملاين 2: duit yang banyak 3- صحة قوية 3:kesihatan yang baik 4 - اولاد شاطرين وفالحين مثلنا 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية 5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟ senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : kata nabi saw من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في زقه "siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat" بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب ليس في "dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat" أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة "dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak" بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat. * Sumbangan dari, Yusof Mohd Noor

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. 2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia 5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .) 7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada.. 9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. "Wallahualam"

Flickr Photos